ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 9 - MEMASTIKAN KEBENARAN KETERANGAN SAKSI



Seksyen 126. Penafian terhadap saksi.

Apabila defendan atau tertuduh telah menafikan (ta'in) terhadap saksi sama ada sebelum atau selepas membuat pemeriksaan dengan mengemukakan sesuatu yang menghalang kebolehterimaan keterangannya, Hakim hendaklah memintanya memberi keterangan.

Huraian - Apabila defendan atau tertuduh membuktikan apa yang dia kata dengan keterangan, Hakim hendaklah menolak keterangan saksi tersebut. Jika defendan atau tertuduh gagal membuktikan apa yang ia kata, Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaannya jika dia belum berbuat demikian dan memberi penghakiman mengikut keterangan saksi tersebut jika dia telah membuat pemeriksaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.