ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN V - PENUBUHAN LEMBAGA BAITULMAL DAN WAKAF, BAITULMAL, WAKAF DAN NAZR
Wakaf dan Nazr



Seksyen 54. Pengertian suratcara tentang wakaf atau nazr.

Jika, pada pendapat Majlis, makna atau natijah mana-mana suratcara atau akuan yang mewujudkan atau menyentuh mana-mana wakaf atau nazr am adalah kabur atau tidak pasti, Majlis boleh merujukkan surat cara atau akuan itu kepada Lembaga Fatwa bagi mendapatkan pendapatnya tentang makna atau natijahnya itu, dan Majlis hendaklah bertindak menurut apa-apa pendapat yang diberikan sedemikian oleh Lembaga Fatwa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.