ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 2 - PENDAKWAAN



Seksyen 184. Ambil khidmat Peguam Syarie.

Dengan kelulusan Majlis, seorang Peguam Syarie boleh dilantik oleh Ketua Pendakwa Syarie untuk menjalankan mana-mana pendakwaan jenayah, atau menghadiri dalam mana kes-kes rayuan jenayah, bagi pihak Ketua Pendakwa Syarie. Peguam Syarie itu hendaklah dibayar dari dana awam apa-apa pembayaran yang dibenarkan oleh Majlis dan semasa menjalankan pendakwaan atau rayuan itu, Peguam Syarie itu hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.