ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 3 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan tentang Dokumen



Seksyen 65. Anggapan tentang Warta, akhbar, dsb

Mahkamah hendaklah menganggap ketulenan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai Warta Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri, atau berupa sebagai akhbar atau jurnal dan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai dokumen yang diarahkan oleh mana-mana undang-undang supaya disimpan oleh mana-mana orang, jika dokumen itu disimpan pada matannya mengikut bentuk yang dikehendaki oleh undang-undang dan dikemukakan daripada jagaan yang patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.