ENAKMEN 9 TAHUN 1991
KAWALAN DAN SEKATAN (PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM DI KALANGAN ORANG ISLAM) (NEGERI SEMBILAN) 1991

BAHAGlAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 4. Kesalahan memujuk, mempengaruhi, memaksa atau menghasut seorang Islam untuk menjadi seorang pengikut atau anggota dsb. suatu agama bukan Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan suatu kesalahan jika ia-
seorang Islam- (2) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) hendaklah, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

(3) Hendaklah menjadi suatu pembelaan terhadap suatu pertuduhan di bawah subseksyen (1) bahawa orang yang dituduh itu mempunyai sebab untuk mempercayai, dan sebenarnya mempercayai, bahawa orang lain itu bukan seorang Islam.

(4) Hendaklah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap suatu pertuduhan di bawah subseksyen (1) bahawa orang lain itu telah tidak terpengaruh oleh apa-apa perkara lain yang diperkata atau dilakukan oleh orang yang dituduh itu kepadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.