ENAKMEN 12 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN TESTIMONI SAKSI



Seksyen 120. Saksi hendaklah diperiksa melalui pihak yang ada hubungan dengannya

Pemeriksaan yang disebut dalam seksyen 119 hendaklah dijalankan melalui pemeriksaan rahsia dan, jika Hakim menghendaki sedemikian, di dalam Mahkamah terbuka melalui pihak-pihak yang ada hubungan dengannya.

MISALAN

(a) Jika saksi itu seorang murid, dia hendaklah diperiksa melalui gurunya.

(b) Jika saksi itu seorang anggota tentera, dia hendaklah diperiksa melalui pegawai pemerintahnya.

(c) Jika saksi itu seorang awam, dia hendaklah diperiksa melalui seorang pemastautin yang boleh dipercayai yang bermastautin di tempat di mana dia bermastautin.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.