ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 7 - SAKSI



Seksyen 87. Cara memberi keterangan.

(1) Dalam kes Mal keterangan hendaklah diberi oleh plaintif dan defendan. Defendan yang engkar hendaklah diminta bersumpah mengikut Hukum Syarak.

(2) (a) Apabila sumpah dibuat oleh defendan, tuntutan plaintif tertolak secara mutlak.
(3) Di dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberi bagi pihak pendakwa dan bagi pihak yang dituduh kecuali bila pihak kena tuduh mengaku salah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.