ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN X - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN PELBAGAI



Seksyen 79. Pekhidmat awam.

Anggota-anggota, pegawai-pegawai dan pekhidmat-pekhidmat dan Setiausaha Majlis dan anggota-anggota Lembaga dan jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Majlis dan Lembaga masing-masing di bawah Ordinan ini hendaklah, semasa mereka menunaikan tugas-tugas sebagai anggota, pegawai, pekhidmat atau Setiausaha yang sedemikian, disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut erti dalam Kanun Keseksaan [Akta 574].




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.