ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB X - PERBICARAAN



Seksyen 98. Butir-butir yang hendak direkodkan.

(1) Dalam prosiding di bawah Bab ini, Mahkamah hendaklah menyimpan rekod rasmi berkenaan dengan butir-butir bagi tiap-tiap kes dengan menggunakan dan menyiapkan atau menyebabkan ianya disiapkan satu kertas pertuduhan mengikut borang seperti yang ditetapkan dan jika semua butir-butir yang mustahak tidak dapat dimasukkan dengan mudah di dalam borang itu, maka hendaklah ditulis pada beberapa kertas lampiran yang perlu dan dikembarkan kepadanya.

(2) Butir-butir yang mesti dimasukkan dalam rekod itu hendaklah mengandungi -

(3) Rekod itu hendaklah disahkan dengan tandatangan Hakim yang mendengar kes itu, dan hendaklah difailkan sebagaimana yang ditetapkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.