Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M
BAHAGIAN IV
Seksyen 17. Bilakah Hukuman Hudud Zina tidak boleh dikenakan.
Hukuman
hudud zina
tidak boleh dikenakan dalam keadaan seperti berikut:
(a)
apabila pesalah tarik balik pengakuannya;
(b)
apabila saksi tarik balik penyaksiannya;
(c)
bagi perawan apabila daranya (
hymen
) tidak terkoyak;
(d)
persetubuhan yang berlaku melalui
watie syubhah
;
(e)
apabila penzina lelaki berkahwin dengan penzina perempuan tersebut;
(f)
ke atas perempuan apabila persetubuhan berlaku dengan cara kekerasan, paksaan, sihir, pukau, minuman atau digunakan ubat-ubatan;
(g)
pesalah belum mencapai tahap
mukallaf
dan kesalahan itu dilakukan tanpa kesedaran, kerelaannya dan dengan
syubhah
; atau
(h)
tuduhan persetubuhan yang gagal membuktikan berlakunya kemasukan (
penetration
) kepada takak zakar ke dalam
faraj
perempuan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.