ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PENYELIA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
Bab VI



Seksyen 65. Laporan Penyelia Agama.

(1) Tiap-tiap penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah disempurnakan tanpa kelengahan yang tidak perlu, dan sebaik sahaja ia disempurnakan pegawai yang membuat penyiasatan itu hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah dari jenis yang Pengarah Pendakwa telah mengarahkan tidak perlu dilaporkan kepadanya, menghantarkan kepada Pengarah Pendakwa suatu laporan mengikut Borang 3C di dalam Jadual dengan menyatakan nama-nama pihak, keadaan maklumat, dan nama-nama orang yang mengetahui keadaan kes itu.

(2) Pengarah Pendakwa boleh pada bila-bila masa dengan perintah bertulis mengarahkan bahawa tiada apa-apa laporan perlu dihantarkan kepadanya dalam kes-kes dari jenis yang dinyatakan dalam perintah itu, dan boleh pada bila-bila masa mengubah atau membatalkan perintah itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.