ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI
Darihal Jaminan



Seksyen 184. Bila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan hudud dan qisas boleh dilepas atas jaminan.

Apabila seseorang dituduh melakukan kesalahan hudud atau qisas telah ditangkap atau ditahan tanpa waran oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis atau hadir sendiri atau dibawa ke hadapan Mahkamah, dia boleh dilepaskan atas jaminan oleh Pegawai Polis yang menjaga kawasan itu atau oleh Mahkamah tetapi dia tidak boleh dilepaskan atas jaminan jika dia boleh dikenakan hukuman mati:

Dengan syarat bahawa Mahkamah bolehlah mengarahkan supaya kanak-kanak yang belum baligh atau perempuan yang mengandung atau orang yang tak berupaya dilepaskan atas jaminan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.