ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM BERKENAAN DENGAN PERBICARAAN



Seksyen 107. Menahan pesalah-pesalah yang hadir di Mahkamah.

(1) Mana-mana orang yang menghadiri sesebuah Mahkamah, sungguhpun ianya tiada ditangkap atau disaman, boleh ditahan oleh Mahkamah bagi tujuan memeriksa sebarang kesalahan yang mana Mahkamah itu boleh mengambil ketahui dan yang mana, daripada keterangan yang diberi, ia didapati melakukan kesalahan itu, dan Mahkamah boleh menjalankan tindakan terhadapnya seolah-olah dia telah ditangkap atau disaman.

(2) Apabila penahanan itu berlaku selepas suatu perbicaraan telah dimulakan, maka prosiding terhadap orang itu hendaklah dimulakan semula secara baru dan keterangan daripada saksi-saksi didengar semula.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.