ENAKMEN 7 TAHUN 1999
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 1999
BAHAGIAN V - MAWQUF
Seksyen 15. Syarat-syarat mawquf.
(1) Mawquf hendaklah suatu harta yang-
(a)
dimiliki oleh waqif;
(b)
tidak terhalang; dan
(c)
boleh memberi manfaat atau faedah.
(2) Tertakluk kepada subseksyen (1), sesuatu wakaf adalah sah walaupun pada masa wakaf itu diwujudkan--
(a)
mawquf tidak memberi apa-apa manfaat atau faedah; atau
(b)
mawquf masih dalam sewaan.
(3) Manfaat atau faedah mawquf hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Wakaf.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.