ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur Apil Jenayah



Seksyen 42. Yang menentang tidak hadir.

(1) Jika, pada ketika perbicaraan apil dijalankan, pihak yang menentang tidak hadir dan Mahkamah tidak berpuas hati bahawa notis perbicaraan telah dengan sempurna diserahkan kepadanya, Mahkamah Tinggi Syar'iah tidak boleh membuat apa-apa perintah dalam apil itu yang bertentangan atau memudaratkan pihak yang menentang, tetapi hendaklah menangguhkan perbicaraan apil itu ke suatu tarikh yang lain untuk kehadirannya, dan hendaklah mengeluarkan notis yang dikehendaki untuk diserahkan kepadanya.

(2) Jika penyerahan notis yang terkemudian disebut itu tidak dapat dilaksanakan ke atas pihak yang menentang, Mahkamah Tinggi Syar'iah hendaklah meneruskan dengan perbicaraan apil itu dalam keadaan ketiadaannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.