ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN V - KEWANGAN
Wakaf, Nazar dan Amanah



Seksyen 66. Pendapatan daripada wakaf dan nazar.

(1) Pendapatan yang diterima oleh Majlis daripada sesuatu wakaf khas hendaklah digunakan olehnya mengikut peruntukan-peruntukan yang sah bagi wakaf khas itu.

(2) Pendapatan daripada tiap-tiap wakaf selain wakaf khas dan tiap-tiap nazar am hendaklah dibayar kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Majlis.





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.