ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN



Seksyen 24. Pengakadnikahan perkahwinan di Kedutaan-kedutaan, dsb. Malaysia di luar negeri.


(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan mengikut Hukum Syara' oleh Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 28 (5) di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul Malaysia di mana-mana negara yang tidak memberitahu Kerajaan Malaysia tentang bantahannya terhadap pengakadnikahan perkahwinan di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul itu.

(2) Sebelum mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini, Pendaftar hendaklah berpuas hati -


(3) Prosedur bagi pengakadnikahan dan pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini hendaklah serupa dalam serba perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri Pahang di bawah Enakmen ini seolah-olah Pendaftar yang dilantik untuk sesuatu negara asing adalah seorang Pendaftar untuk Negeri Pahang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.