ENAKMEN 20 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003
BAHAGIAN VII - INTERPLIDER
Seksyen 56. Hak mendapatkan relief dengan cara interplider.
Jika –
(a)
seseorang bertanggungan berkenaan dengan hutang atau berkenaan dengan apa-apa wang, barang atau harta alih lain dan dia didakwa atau dia menjangka bahawa dia akan didakwa mengenai atau berkenaan dengan hutang, wang, barang atau harta itu oleh dua orang atau lebih yang membuat tuntutan bertentangan berkenaan dengannya; atau
(b)
tuntutan dibuat untuk mendapatkan apa-apa wang, barang atau harta alih lain yang diambil atau dicadangkan hendak diambil oleh bailif dalam pelaksanaan apa-apa penghakiman, atau untuk mendapatkan hasil atau nilai apa-apa barang atau harta sedemikian oleh seseorang selain orang yang terhadapnya penghakiman itu dikeluarkan,
maka orang yang bertanggungan atau bailif itu boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan relief dengan cara interplider.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.