ENAKMEN 12 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN I - KERELEVAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Pendapat Orang Ketiga Qarinah



Seksyen 36. Bila pendapat tentang kewujudan hak atau ‘urf ialah qarinah

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang kewujudan apa-apa hak atau ‘urf, maka pendapat tentang kewujudan hak atau ‘urf itu daripada orang yang mungkin tahu mengenai kewujudan hak atau ‘urf itu, jika hak atau ‘urf itu wujud, ialah qarinah.

Huraian—Ungkapan “hak atau ‘urf ” termasuklah hak atau ‘urf yang umum bagi sebilangan besar golongan orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.