ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - Darihal Menangkap, Melarikan Diri dan Menangkap Semula



Seksyen 12. Memeriksa orang yang berada dalam mana-mana tempat yang digeledah dengan waran.

Apabila penggeledahan ke atas apa-apa benda dijalankan dengan sah di mana-mana tempat berkenaan dengan sesuatu kesalahan, semua orang yang berada di dalam tempat itu bolehlah ditahan dengan sah hingga habis penggeledahan itu, dan jika barang yang dicari itu adalah berbentuk yang boleh disembunyikan pada badan orang itu, maka mereka bolehlah diperiksa untuk mencari barang itu di hadapan Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang tidak rendah pangkatnya daripada Inspektor.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.