ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 23. Melepaskan orang yang ditangkap.

Tiada seorang pun yang telah ditangkap oleh Pegawai penguatkuasa Agama atau pegawai polis di bawah Ordinan ini boleh dilepaskan kecuali atas bonnya sendiri atau atas jaminan atau di bawah perintah bertulis seorang Hakim atau Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.