ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
PUNGUTAN KHAIRAT



Seksyen 67. Pungutan khairat.

(1) Majlis boleh memungut atau mengeluarkan surat kebenaran kepada mana-mana orang atau kumpulan orang-orang, mengizinkan orang atau kumpulan orang-orang itu memungut wang atau apa-apa pemberian kerana khairat bagi kepentingan Agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak, dan boleh juga dengan surat kebenaran yang demikian itu, menentukan syarat-syarat yang difikirkan patut.

(2) Dalam suatu penentuan di bawah subseksyen (1) Majlis bolehlah menghendaki sesiapa atau kumpulan orang atau badan-badan -
(3) Wang yang dipungut mengikut seksyen ini bolehlah digunakan bagi maksud yang tertentu jika diperintah oleh Majlis, tetapi jika tiada perintah yang demikian itu, ianya hendaklah dimasukkan dan menjadi sebahagian daripada Baitulmal.

(4) Tidak seorangpun atau mana-mana badan boleh membuat pungutan atau mengambil bahagian di dalam pungutan wang di Negeri ini bagi tujuan-tujuan yang telah disebutkan melainkan dengan kuasa yang diperuntukkan dalam Enakmen ini.

(5) Majlis mempunyai kuasa mengurangkan jumlah pungutan atau mengurangkan tempoh pungutan yang dibenarkan atau menggantungkan atau membatalkan kebenaran yang diberikan itu jika ada sebab-sebab bahawa tindakan seumpamanya itu patut diambil.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.