ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
Bab 3 - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 189. Bila waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap orang yang dijamin

Jika, oleh sebab kesilapan, fraud atau selainnya, penjaminpenjamin yang tak mencukupi telah diterima, atau jika mereka kemudiannya menjadi tak mencukupi, Mahkamah yang membenarkan dia ikat jamin boleh mengeluarkan suatu waran tangkap yang mengarahkan supaya orang yang dilepaskan atas jaminan itu di bawa ke hadapan Mahkamah itu, dan boleh mengarahkan supaya dia mencari penjamin yang mencukupi, dan jika dia tidak berbuat demikian Mahkamah boleh memenjarakannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.