ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006

BAHAGIAN IV-MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 58. Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah

(1) Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah, selepas berunding dengan Majlis dan Ketua Hakim Syarie, baleh melantik Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Seseorang layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika-
(3) Orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuatkuasa, memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Enakmen terdahulu dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila seksyen ini mula berkuatkuasa, terus memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).

(4) Tiap-tiap pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.