ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 148. Kewajipan suami.

(1) Barangsiapa yang telah berhenti daripada tinggal bersama dengan isterinya sebagaimana yang dikehendaki oleh Hukum Syarak dan sudah diperintah oleh Mahkamah supaya tinggal bersama semula dengan isterinya itu dengan sengaja ingkar atau lalai daripada menurut perintah itu adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada lima belas hari atau kedua-duanya sekali.

(2) Barangsiapa menyiksa isterinya dengan memukul atau sebagainya hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu bulan atau kedua-duanya sekali.

(3) Barangsiapa yang tidak menyempurnakan kewajipannya mengikut Hukum Syarak dengan sengaja sebagai seorang suami terhadap isterinya hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada lima belas hari atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.