ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIX - AM



Seksyen 210. Pampasan kerana membuat tuduhan tidak berasas.

(1) Apabila mana-mana orang menyebabkan Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis menangkap seseorang lain, jika ternyata kepada Hakim yang mengambil tahu tentang kes itu bahawa tidak ada alasan yang mencukupi bagi menyebabkan tangkapan itu, Hakim boleh mengaward apa-apa pampasan, yang tidak melebihi lima ratus ringgit, dibayar oleh orang yang menyebabkan tangkapan itu kepada setiap orang yang ditangkap sedemikian kerana kerugian masa dan apa-apa perbelanjaan yang telah ditanggung olehnya dalam perkara itu sebagaimana yang Hakim fikirkan patut.

(2) Pampasan itu tidak menghalang sesuatu tindakan kerana penahanan salah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.