ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
Bab VIII - PEMERIKSAAN SAKSI-SAKSI



Seksyen 99. Bila saksi-saksi boleh diminta bersumpah.

Apabila pihak kena tuntut atau pihak kena dakwa membuat permohonan meminta Kadi memerintahkan saksi-saksi supaya bersumpah sebagai saksi yang bercakap benar kerana terdapat keperluan untuk memperteguhkan keterangan mereka, Kadi bolehlah mengarahkan saksi-saksi tersebut mengangkat sumpah dan Kadi bolehlah memberi ingatan kepada mereka itu bahawa jika mereka tidak bersumpah keterangan mereka tidak akan diterima.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.