ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IV - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 58. Pertunangan.


(1) Jika seseorang itu, sama ada dengan lisan atau bertulis, dan sama ada dengan sendirinya atau dengan melalui seorang perantaraan telah membuat perjanjian pertunangan mengikut Hukum Syara' dan kemudiannya enggan dengan tiada sebab yang sah berkahwin dengan pihak yang lain dalam perjanjian itu, sedangkan pihak yang lain dalam perjanjian itu bersedia menjalankan perkahwinan itu, maka pihak yang mungkir itu hendaklah dikenakan membayar kepada pihak yang lain itu satu jumlah wang sebagaimana yang dipersetujui melainkan ianya telah ditentukan oleh Adat Tempatan.

(2) Sekiranya pertunangan itu dituruti dengan akad nikah (yang disebutkan Nikah Gantung) dan sekiranya mana-mana pihak setelah engkar bersatu dalam keadaan serupa seperti dalam seksyen-kecil (1) maka peruntukan dalam seksyen-kecil itu hendaklah dikenakan kepada orang yang engkar itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.