ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXII
Peruntukan Khas Berhubung dengan Keterangan



Seksyen 191. Acara apabila orang yang boleh memberi keterangan mustahak sakit teruk.

(1) Apabila seorang hakim berpendapat bahawa seseorang yang boleh memberi keterangan yang mustahak sama ada bagi pihak pendakwa atau pihak pembela, berhubung dengan kesalahan yang boleh ditangkap adalah sakit teruk dan tidak munasabah untuk mengambil keterangannya menurut keterangannya menurut perjalanan biasa undang-undang, Hakim boleh mengambil keterangan sumpah orang tersebut dengan syarat notis yang munasabah seberapa yang dibolehkan oleh keadaan kes itu telah diberi kepada Pendakwa Syarie dan orang yang dituduh tentang cadangan untuk mengambil keterangan itu dan masa dan tempat di mana Hakim itu bercadangan untuk mengambilnya.

(2) Jika orang yang dituduh berada di dalam tahanan, Hakim boleh memerintahkan Pegawai Penguasa Penjara menghantar orang yang dituduh itu ke tempat itu pada waktu yang telah ditetapkan dan pegawai tersebut hendaklah menghantarkannya seperti yang diperintahkan.

(3) Apabila telah dibuktikan di dalam perbicaraan orang yang dituduh atas mana-mana kesalahan di mana ada hubungannya dengan keterangan yang diambil di bawah seksyen (1) bahawa saksi itu telah mati atau kerana apa-apa sebab yang mencukupi kehadirannya tidak dapat diperolehi, keterangan itu boleh dibaca sama ada bagi atau terhadap orang yang dituduh, tanpa mengambil kira ketidakhadirannya bila keterangan itu telah diambil. Sekiranya keterangan itu diperakui di bawah tandatangan Hakim yang mengambilnya dan tidak dibuktikan oleh keterangan lain bahawa saksi memang pada masa pemeriksaan itu sakit teruk sebagaimana yang telah disebut dan bahawa keterangan itu telah diberi ditempat dan masa yang diberitahu dan bahawa notis munasabah tentang cadangan untuk mengambilnya telah diberikan kepada orang terhadap siapa keterangan itu dikemukakan, supaya dia atau wakilnya boleh hadir dan boleh mendapat, jika memilih untuk hadir, peluang penuh untuk pemeriksaan balas.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.