ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XVI - AFIDAVIT
Seksyen 105. Pengambilan afidavit.
Sesuatu afidavit yang hendak digunakan di dalam mana-mana prosiding di Mahkamah hendaklah diikrarkan -
(
a
) di dalam Sarawak, di hadapan mana-mana Hakim Syarie atau Pendaftar;
(
b
) di lain-lain Negeri dalam Malaysia, di hadapan Hakim Syarie atau Kadi atau Pendaftar di tempat itu; dan
(
c
) di luar Malaysia, di hadapan mana-mana pegawai Islam di Kedutaan Malaysia atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di tempat itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.