ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VIII - AM



Seksyen 223. Orang yang dilepaskan atas jaminan hendaklah memberikan alamat untuk penyampaian

Apabila mana-mana orang dilepaskan atas jaminan, dia hendaklah memberi Mahkamah atau pegawai yang dengannya dia mengikat jaminan itu alamat di mana segala notis dan proses boleh disampaikan kepadanya, dan dalam apa-apa hal jika orang itu tidak dapat dijumpai, atau atas sebab lain penyampaian itu tidak dapat dibuat kepadanya, apa-apa notis atau proses yang ditinggalkan bagi orang itu di alamat itu hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sewajarnya kepadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.