ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983
BAHAGIAN VII - AM
Seksyen 200. Peruntukan-peruntukan untuk membayar wang sebagai kos atau pampasan.
(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan enakmen ini, apabila seseorang di bawah enakmen ini, oleh kerana apa-apa sebab, diperintahkan memberi sejumlah wang dengan cara kos atau pampasan, Mahkamah yang membuat perintah tersebut boleh atas budibicaranya membuat semua atau mana-mana daripada perkara-perkara berikut, terutamanya-
(a) memberi tempoh untuk membayar wang tersebut;
(b) mengarahkan supaya pembayaran wang tersebut dibuat secara beransur-ansur;
(c) mengarahkan bahawa, jika gagal membayarnya, orang tersebut dipenjarakan untuk sesuatu tempoh, yang mana tempoh penjara itu sebagai tambahan kepada tempoh penjara yang dikenakan kepadanya atau yang mungkin dikenakan kepadanya dibawah peringanan hukuman;
(d) mengarahkan supaya orang tersebut digeledah dan segala wang yang terdapat padanya bila digeledah atau semasa dia dikenakan penjara segala wang yang didapati padanya semasa ia dibawa kepenjara digunakan untuk menbayar wang tersebut, yang lebihnya jika ada dipulangkan kepadanya:
Dengan syarat wang tersebut tidak boleh digunakan jika Mahkamah berpuashati bahawa wang itu bukan kepunyaan orang yang mana wang itu terdapat padanya atau kehilangan wang itu akan lebih menyusahkan keluarganya daripada ia dipenjarakan.
(2) Tempoh bagi Mahkamah mengarahkan orang tersebut dipenjarakan kerana gagal membayar bagi menjelaskan wang tersebut tidaklah boleh melebihi sekil yang berikut-
Jika wang yang kena dibayar tidak melebihi $25............satu bulan.
Jika wang yang kena dibayar melebihi $25 tetapi tidak melebihi $50............dua bulan.
Dalam kes-kes lain.............empat bulan.
(3) Tertakluk kepad peruntukan-peruntukan untuk ini hukuman penjara yang dikenakan oleh Mahkamah dibawah seksyen ini hendaklah berhenti apabila wang dibayar.
(4) Tetapi sebelum berakhir tempoh penjara sebahagian daripada wang di bayar dan tempoh bagi penjara adalah tidak kurang daripada bahagian wang yang masih lagi tidak dibayar, maka hukuman penjara itu hendaklah tamat.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.