ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN III - BAITUL-MAL, ZAKAT DAN FITRAH DAN WAKAF
BAITUL-MAL



Seksyen 28. Perlantikan Pegawai-pegawai.

(1) Majlis dari semasa ke semasa dengan mengisytiharkan di dalam Warta Kerajaan boleh menjadikan seseorang Pengelola (Nazir) bagi Baitul-Mal (yang kemudian daripada ini digelarkan dia Pengelola) dan seorang Bendahari (Amin) bagi Baitul-Mal (yang kemudian daripada ini digelarkan dia Bendahari) dan beberapa Penolong-penolong Bendahari dan lain-lain Pegawai bagaimana yang difikirkannya mustahak kerana menyempurnakan Enakmen ini dipersyaratkan iaitu tiada boleh seorang pun dijadikan Pegawai menurut Enakmen ini melainkan yang dia itu berigama Islam dan bermazhab Shafie.

(2) Semua Pegawai-pegawai yang tersebut di atas ini hendaklah menjalankan kuasa-kuasa mereka itu dengan menurut perintah Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.