ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN II - PENUBUHAN MAJLIS
Mufti dan Jawatankuasa Syariah



Seksyen 37. Jawatankuasa Syariah.


(1) Satu Jawatankuasa Syariah bagi Majlis hendaklah diadakan dan ahli-ahlinya hendaklah terdiri daripada -



(2) Semua ahli-ahli Jawatankuasa Syariah hendaklah dilantik oleh Majlis untuk selama mana difikirkannya patut. Perlantikan itu hendaklah disiarkan dalam Warta Kerajaan.

(3) Jika Mufti tidak hadir dalam mana-mana Mesyuarat Jawatankuasa, ahli-ahli dari ahli Majlis yang hadir boleh memilih di antara mereka menjadi Pengerusi untuk mengetuai mesyuarat itu.

(4) Pengerusi dan dua orang lain ahli-ahli Jawatankuasa adalah menjadi cukup bilangan untuk menjalankan mesyuarat.

(5) Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis Jawatankuasa Syariah berkuasa membuat peraturannya sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.