ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVI - SALAH ATURAN DALAM PERBICARAAN



Seksyen 201. Salah tempat prosiding dan lain-lain.

Tiada sesuatu pendapat, hukuman atau perintah oleh mana-mana Mahkamah akan diketepikan hanya atas alasan bahawa perbicaraan atau prosiding lain di mana ianya dijatuhkan atau dibuat, telah berlaku di dalam bidangkuasa tempatan yang salah atau di hadapan Mahkamah yang salah, kecuali kesalahan itu menimbulkan ketidakadilan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.