ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN DAN LAIN-LAIN HARTA ALIH DAN BAGI PENEMUAN ORANG YANG DlKURUNG DENGAN SALAH
Waran Geledah



Seksyen 49. Hakim Syarie boleh mengarahkan penggeledahan di hadapannya.

Mana-mana Hakim Syarie boleh secara lisan mengarahkan supaya dibuat di hadapannya penggeledahan mana-mana tempat yang bagi penggeledahannya dia berkompeten untuk mengeluarkan waran geledah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.