ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
Bab VIII - PEMERIKSAAN SAKSI-SAKSI
Seksyen 90. Jenis-jenis pemeriksaan.
Saksi-saksi hendaklah diperiksa secara terbuka di dalam Mahkamah atau secara rahsia melalui pihaknya yang ada pertalian dengannya.
MISALAN-MISALAN
(
a
) Jika saksi itu seorang penuntut, saksi hendaklah diperiksa melalui guru sekolah tempat ia belajar dan melalui pihak yang boleh dipercayai di tempat tersebut;
(
b
)
Jika saksi seorang anggota angkatan tentera, pemeriksaan hendaklah dibuat melalui ketua bahagiannya;
(
c
)
Jika saksi seorang awam, ia hendaklah diperiksa melalui penduduk yang boleh dipercayai di tempat ia tinggal.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.