ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN III - KEWANGAN
ZAKAT DAN FITRAH
Seksyen 50. Kaedah.
(1) Majlis dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong boleh membuat kaedah-kaedah untuk dan mengawalselia semua perkara-perkara yang berhubung dengan pungutan, pentadbiran dan pembahagian zakat dan fitrah.
(2) Tanpa menjejaskan kuasa keseluruhan sebelum ini, Majlis boleh membuat kaedah-kaedah untuk-
(a) menentukan dari masa ke masa akan berapa banyaknya zakat dan fitrah yang akan dibayar oleh setiap orang Islam di dalam Negeri ini;
(b) mengadakan cara-cara bagaimana zakat dan fitrah dipungut;
(c) melantik amil-amil memungut zakat dan fitrah;
(d) mengadakan hukuman-hukuman bagi pungutan atau bayaran zakat dan fitrah oleh atau kepada orang-orang yang tidak diberi kuasa; dan
(e) mengadakan hukuman-hukuman bagi kegagalan membayar zakat dan fitrah oleh orang-orang yang wajib membayar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.