ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984
BAHAGIAN XXIX - KUASA PENDAFTAR DAN KADI
Seksyen 205. Kuasa.
dalam mana-mana Mahkamah, Pendaftar dalam kamar boleh-
(a)
menangguh mana-mana prosiding;
(b)
menetapkan tarikh perbicaraan mana-mana prosiding;
(c)
jika diperintah demikian oleh Mahkamah, mengendali pemeriksaan saksi sebelum perbicaraan;
(d)
mendengar dan menentukan mana-mana permohonan untuk waran distres;
(e)
mengendalikan sumpah dan ikrar dan menyelenggarakan bond;
(f)
apabila cagaran diperintahkan diberi menentukan supaya ianya mencukupi dan memerlukan supaya penjamin membenarkannya;
(g)
dengan izin semua pihak memerintahkan penyatuan mana-mana prosiding.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.