ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XVIII - PERBICARAAN



Seksyen 119. Tindakan tidak dibela.

(1) Dalam mana-mana tindakan, Mahkamah boleh membenarkan kes plaintif dibuktikan melalui keterangan dalam afidavit jika defendan tidak memfailkan pembelaannya atau setelah memfailkan pembelaannya tidak hadir di hari perbicaraan:

Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh, jika ia fikir patut, menghendaki kes itu dibuktikan melalui keterangan lisan dan boleh menangguh perbicaraan untuk maksud tersebut.

(2) Dalam mana-mana tindakan, Mahkamah boleh membenarkan sesuatu nyataan tertentu dibuktikan melalui afidavit, tetapi kebenaran tidak boleh diberi jika nyataan itu adalah dianggap pertikaian yang bona fide.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.