ENAKMEN 5 TAHUN 1989
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988

BAHAGIAN III - JEMAAH PENGURUSAN



Seksyen 5. Jemaah Pengurusan.

(1) Setiap permohonan untuk pendaftaran sebuah Sekolah Islam, hendaklah disertai dengan satu suratcara dalam bentuk yang ditetapkan untuk menubuhkan suatu Jemaah Pengurusan untuk sekolah itu.

(2) Jemaah Pengurusan hendaklah mentadbir semua aset dan harta Sekolah Islam bagi pihak Majlis.

(3) Tiap-tiap Jemaah itu hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh orang yang hendaklah memegang apa-apa jawatan yang perlu bagi mana-mana Sekolah Islam yang tertentu dan mempunyai apa-apa kuasa dan tugas yang ditetapkan oleh suratcara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.