ENAKMEN 3 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1982

BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 12. Mahkamah Rayuan.


(1) Sesuatu rayuan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan Syariah di atas mana-mana keputusan Mahkamah Qadhi Besar atau Mahkamah Qadhi Khas atau Mahkamah Qadhi Jajahan:
(2) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah terdiri daripada tiga orang anggota, seorang daripada mereka hendaklah Mufti Kerajaan yang akan menjadi Pengerusi dan dua orang anggota lain yang terdiri dari suatu panel yang mengandungi sekurang-kurangnya lima orang yang dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dengan surat perlantikan yang ditandatangani olehnya dan dimeteri dengan Mohornya.

(3) Apabila seseorang merayu terhadap sesuatu keputusan mana-mana Mahkamah atau memohon kebenaran untuk merayu mengikut peruntukan-peruntukan seksyen kecil (1) (d), maka Mahkamah hendaklah mendengar rayuan atau permohonan untuk kebenaran merayu itu.

(4) Di atas sesuatu rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah boleh:

(5) Tiada rayuan boleh dibenarkan atau perbicaraan semula boleh diperintahkan atas alasan luar aturan acara atau salah penerimaan keterangan melainkan telah menyebabkan tiada keadilan.

(6) Apabila sesuatu rayuan dibuat atau sesuatu permohonan untuk kebenaran merayu dikemukakan kepada Mahkamah, rayuan atau permohonan untuk kebenaran merayu itu hendaklah dibuat dengan memberi atau mengfailkan notis atau rayuan yang berkenaan itu, dalam tempoh empat belas hari selepas berlakunya perbuatan, ketinggalan, hukuman, perintah, dikri atau keputusan rayuan itu dibuat, atau mengenai dengan permohonan untuk kebenaran merayu itu dibuat atau dalam hal yang mana pihak merayu tidak tahu menahu pada masa kejadian itu dan tidak mungkin dengan melakukan usaha yang menasabah tahu kejadian itu dalam tempoh empat belas hari selepas perbuatan, ketinggalan, hukuman, perintah, dikri atau keputusan itu sampai kepada pengetahuan pihak merayu itu;

Dengan syarat bahawa Mahkamah Rayuan Syariah apabila mendengar sesuatu permohonan untuk kebenaran merayu, boleh, atas alasan-alasan khas yang mana hendaklah termasuk penzahiran perkara atau keterangan baru dan penting, melanjutkan masa untuk merayu, walau pun tempoh masa untuk berbuat demikian tamat.

(7) Rayuan hendaklah didengar dalam Mahkamah terbuka dan diputuskan mengikut pendapat bilangan terbanyak anggota-anggota Mahkamah Rayuan Syariah itu. Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah menyediakan satu sijil ditandatangani oleh Pengerusi menyatakan alasan-alasan bagi keputusan itu. Satu salinan sijil itu hendaklah diberikan kepada Mahkamah pembicaraan itu.

(8) (a) Rayuan di bawah Enakmen ini tidak boleh berkuasa sebagai menggantungkan perintah itu kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya.
(9) Tiada apa-apa rayuan boleh dibuat terhadap sesuatu keputusan Mahkamah Rayuan Syariah, kecuali apabila Mahkamah Rayuan Syariah berpuashati bahawa perkara atau keterangan baru dan penting telah zahir maka dengan ampuni perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kes itu bolehlah ditimbangkan semula oleh Mahkamah Rayuan Syariah.

(10) Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah bolehlah bagi maksud menentukan benar, sah atau betulnya mana-mana keputusan, hukuman atau perintah yang direkodkan atau diluluskan oleh mana-mana Mahkamah yang dirayukan itu sama ada dalam kes jenayah atau sivil, atau betulnya mana-mana pembicaraan Mahkamah itu, meminta mana-mana rekod Mahkamah berkenaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.