ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 172. Jumlah bon.


Jumlah bon yang dilaksanakan di bawah Bab ini hendaklah ditetapkan dengan mengambil perhatian kepada keadaan di dalam kes supaya mencukupi untuk kehadiran orang yang ditangkap itu, akan tetapi tidak harusnya melampaui; dan Mahkamah Rayuan Syariah boleh, di dalam mana-mana kes, sama ada terdapat rayuan dari sabitan atau tidak, mengarahkan supaya seseorang itu diberi jamin atau jaminan yang diperlukan oleh Penyelia Ugama atau pegawai polis atau Mahkamah dikurangkan atau ditambah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.