ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 1985

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 103. Akta Penjagaan kanak-kanak 1961 tidak boleh dipakai jika berlawanan dengan agama Islam

(1) Tiada apa juapun dalam Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 [13/61] yang berlawanan dengan agama Islam boleh dipakai bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun yang beragama Islam dan yang bapanya beragama Islam atau pada tarikh kematiannya beragama Islam atau, mengenai seorang kanak-akanak yang tak sahtaraf, yang ibunya beragama Islam atau telah beragama Islam.

(2) Mengenai mana-mana orang lain, Akta tersebut setakat mana ia berlawanan dengan agama Islam hendaklah terhenti dipakai baginya apabila dia telah genap umur lapan belas tahun atau, jika belum lagi genap umur itu, dia menganuti agama Islam dengan persetujuan orang yang di bawah Akta itu adalah penjaga bagi diri kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.