ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN V - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 48. Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri dan natijah nusyuz.


(1) Tertakluk kepada Hukum Syarak Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.


(2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila ia nusyuz:

Dengan syarat bahawa selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah suaminya maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.