ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN VII - PENYAMPAIAN



Seksyen 48. Penyampaian ganti.

(1) Apabila Mahkamah berpuashati bahawa pihak yang tidak memberi alamat penyampaian, pada tarikh saman atau mana-mana dokumen lain untuk disampaikan berada di dalam Negeri atau Persekutuan dan ada sebab bagi mempercayai bahawa orang itu sentiasa mengelakkan diri dari penyampaian disempurnakan ke atasnya, atau bahawa atas apa-apa alasan yang mencukupi saman atau dokumen lain itu tidak boleh disampaikan secara biasa, Mahkamah boleh memerintah saman atau dokumen itu disampaikan dengan cara menampalkan salinannya di tempat-tempat yang senang dilihat di Bangunan Mahkamah dan juga di bahagian yang senang dilihat di bangunan di mana pihak yang akan disampaikan itu terakhir tinggal atau dengan secara yang lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh juga dalam mana-mana perkara yang tergulung di dalam seksyen-kecil (1) membuat perintah supaya penyampaian dibuat secara iklan dalam akhbar tempatan atau akhbar-akhbar sepertimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(3) Penyampaian ganti hendaklah mempunyai kesan yang sama seperti penyampaian pada diri orang itu sendiri.

(4) Di dalam perkara penyampaian ganti ini, Mahkamah apabila perlu, hendaklah menetapkan masa bagi pihak kena serah itu untuk hadir dalam Mahkamah.

(5) Tiada perintah penyampaian ganti boleh dibuat berkenaan dengan:





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.