ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN II
PENUBUHAN MAJLIS



Seksyen 9. Serahan harta benda kepada Majlis.

Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh dengan titah perintahnya menyerahkan kepada Majlis apa-apa harta benda yang boleh dipindah atau tidak yang pada masa sebelum mula berjalan kuatkuasa Enakmen ini telah terserah kepada sesiapa atau sesuatu kuasa bagi kegunaan Igama Islam dalam Negeri ini atau hartabenda yang beramanah bagi Igama ataupun derma bagi faedah orang-orang yang berigama Islam dan apabila berjalan kuatkuasa perintah itu maka harta benda yang ditunjukkan oleh perintah itu hendaklah, dengan tiada payah dipindahmilik atau ditukarkan, tetapi harta-harta benda yang tiada boleh dipindah hendaklah selepas didaftarkan, terserah kepada Majlis dan demikian juga segala hartabenda atau lain yang bersangkut paut dengan hartabenda itu sebelum berjalan surat perintah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.