ENAKMEN 12 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Am



Seksyen 5. Keterangan boleh diberikan mengenai fakta persoalan dan qarinah

Keterangan boleh diberikan dalam mana-mana guaman atau prosiding mengenai kewujudan atau ketidakwujudan tiap-tiap fakta persoalan dan mengenai apa-apa fakta lain yang ditetapkan kemudian daripada ini sebagai qarinah, dan tidak mengenai apa-apa fakta lain.

Huraian—Seksyen ini tidak membolehkan mana-mana orang untuk memberikan keterangan mengenai sesuatu fakta yang dia tidak berhak membuktikannya menurut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara mal.

MISALAN

A dituduh memukul isterinya B dengan tongkat dengan niat hendak menganiayanya.

Dalam perbicaraan A fakta-fakta yang berikut menjadi persoalan;




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.