ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN IX - BAYARAN KEPADA MAHKAMAH
Seksyen 61. Bayaran masuk.
(1) Defendan boleh membayar wang kepada Mahkamah bagi menjelaskan tuntutan atau mana-mana bahagiannya dan boleh juga membayar kepada Mahkamah sejumlah wang sebagai kos.
(2) Defendan hendaklah memberi notis kepada plaintif mengenai bayaran masuk dan sekiranya bayaran masuk itu kurang daripada jumlah yang dituntut notis itu hendaklah menyatakan untuk apa yang bayaran itu dibuat.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.