ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN VI - PENUBUHAN LEMBAGA HAL-EHWAL ISLAM DAN ADAT MELAYU, LEMBAGA MASJID-MASJID, DLL.
Am



Seksyen 62. Tempoh jawatan bagi pegawai masjid.

(1) Pelantikan seorang pegawai masjid boleh ditamatkan dengan notis bertulis daripada Majlis.

(2) Adalah menjadi kewajipan Setiausaha untuk memaklumkan apa-apa kelakuan keji mana-mana pegawai masjid, sama ada yang berhubungan dengan tugas-tugasnya sebagai pegawai masjid atau selainnya dan untuk membuat apa-apa syor yang munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.